Monday, January 25, 2010

Response aku terhadap artikel puasa 2012

Response aku kepada salah seorang rakan sepejabat:

Dewasa ini sememangnya bertujah-tujah e-mail berkenaan dengan tarikh keramat, tarikh kiamat, tarikh penamat dan macam-macam tarikh yang memenatkan untuk didengar. Bukan sahaja berkenaan tarikh yang karut-marut die-mailkan, berujuk dan berhujah berkenaan quran dan hadis pun melalui e-mail dan google. Cukuplah gunakan e-mail untuk urusan kerja dan berhubung dgn kawan-kawan sahaja. Urusan agama kan lebih afdal dan sunnah dengan cara berguru atau menghadirkan diri dengan majlis2 ilmu di masjid.

Berbalik kepada artikel yang dipanjangkan itu – pandangan saya usahlah kita semua membuang masa untuk berdiskusi dan risaukan. Risaukanlah iman dan amal kita yang mungkin semakin hari semakin merundum. Mati dan hari akhirat adalah pasti. Yang hendak dipastikan, adakah kita dapat mati dalam iman. Maka usaha atas iman amatlah kritikal dan jangan dilupakan.

Manusia mudah lupa! bila senang dan kenyang kita lupa dan, kita cepat dan mudah rasa 'complecence'. Kalau nak dapat sesuatu, berbuih-buih mulut baca yassin dan sembahyang hajat mengalahkan sembahyang waktu pentingnya. Namun, bila kita dah dapat apa yang kita hajatkan, sembahyang kita pun jadi slow. Serba serbi slow... sampai sembahyang waktu pun dihujung-hujung waktu dan surau pun dah tak ada orang.

Oleh yang demikian, adalah lebih baik kita baca aje sendiri e-mail yg semacam itu (meragukan). Tak payah di ’forward’ kan kepada semua. Ini akan hanya menyusahkan untuk menyelengara peti e-mail daripada dipenuhi bahan-bahan yg tak berapa ’penting’. Kalau rasa ragu-ragu, tanya suami atau isteri dan rujuk secara peribadi kepada yang arif/ustaz/maulana/mufti.

Anyway, semua yang dipetik diatas adalah untuk peringatan diri sendiri. Jikalau tuan/puan berasa bermanafaat, apalah salahnya untuk dijadikan pedoman. Hidup ini perlu berpesan-pesan dan beringat-ingat. Tidak semestinya yang bercakap lebih, lebih baik daripada semua orang. Ini hanya sekadar pandangan, luahan fikiran dan renungan. Kalau terkasar bahasa jangan disimpan di dalam hati.

---------------------------------------------------------------------------
Subject: FW: Puasa 2012

SALAM....

mohon pendapat teman2 ttg kebenaran artikel dibawah....



Cuba kira... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20 july hari jumaat,jadi 3 august 2012 bersamaan 15 ramadan jatuh juga hari jumaat.Sama dengan hadis nabi pasai huru hara besar yang akan jadi pada tengah malam pertengahan bulan ramadan iaitu hari jumaat 15 ramadan
dekat bumi ni yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasai satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit,bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3,yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika dok bagitau pada 21-12-2012 planet X akan lintas mai kat bumi ni)Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja maha mengetahui.. ......... .. cuba kita tengok hadis nabi kat bawah ni dan kenyataan pasal calender islam 2012 dan klik kat home page bawah ni untuk maklumat lanjut...

Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda:
Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".


UPCOMING IMPORTANT ISLAMIC DATES

2010 Calendar
Islamic New Year: December 18, 2009 (1431 A.H.*)
Aashura: December 27, 2009
Ramadan: August 11 - September 8, 2010
Eid ul-Fitr: September 9, 2010
Hajj: November 14 - November 17, 2010
Eid ul-Adha: November 16, 2010

2011 Calendar
Islamic New Year: December 7, 2010 (1432 A.H.*)
Aashura: December 16, 2010
Ramadan: August 1 - August 29, 2011
Eid ul-Fitr: August 30, 2011
Hajj: November 4 - November 7, 2011
Eid ul-Adha: November 6, 2011

2012 Calendar
Islamic New Year: November 26, 2011 (1433 A.H.*)
Aashura: December 5, 2011
Ramadan: July 20 - August 18, 2012
Eid ul-Fitr: August 19, 2012
Hajj: October 24 - October 27, 2012
Eid ul-Adha: October 26, 2012


2012 Islamic Calendar

Sunday, January 24, 2010

Isteri "Makan Luar"!


Seorang suami yang penyabar dan setia dengan isteri selama 16 tahun akhirnya terelerai apabila mendapat berita isteri Nya ditangkap khalwat. Lagi...

Hai.. hai.. hai.. aku ingatkan suami aje yang banyak curang... La nie isteri pun tidak kurang kecurangannya... Terok benor bunyinya jika isteri "makan luar".. Banyak...banyak sangat sekarang nie... Kenapa eek... suami tak pandai beranjang kot... atau perempuan/isteri-isteri sekarang kuat S***... Yea lah... kat office, bertepok-tampar dgn lelaki/laki orang... Macammana tak rasa 'lain macam'...

Semoga Allah jauhkan saya dan tuan/puan daripada zina dan dosa-dosa besar yang lain - AMIN

Friday, January 22, 2010

Macam-macam : Didakwa kerana mengerang terlalu kuat!

Dah lama sangat aku tak menulis di blog sendiri. Anyway, ada satu berita untuk dikongsikan/fikirkan berkenaan nasib seorang wanita di selatan Newcastle, UK yang menghadapi hukuman penjara 8 minggu. Kesalahan beliau hanyalah kerana 'mengerang' terlalu kuat semasa beradu kasih dengan pasangan Nya. Oleh kerana tak tertahan dengan "bising" beliau, jiran-jiran telah menyaman beliau. Lagi...

Kalau la kat Malaysia ada undang-undang macam tu... penuhlah penjara dengan orang-orang yang tinggal di rumah-rumah panjang sementara yg berselerak di KL tu... Aku ingat lagi semasa menyewa rumah panjang di jalan Kucai Lama... orang sebelah berdengkur pun dengar dengan jelas...apatah lagi dengan "bising-bising" g...