Saturday, December 26, 2009
Bencana Tahun Baru!
Masih tak terlambat untuk bicara tahun baru walaupun dah hampir sebulan. Bercerita tentang tahun baru tidak sah jika tak bincang cara sambutannya. Satu dunia menyambut tahun baru setiap tahun - tak terkecuali Malaysia. Tempat-tempat yang popular menyambut tahun baru di Malaysia ialah Dataran Merdeka, Bintang Walk, Berjaya Square, Bangsar dan lain-lain private location. Yang kaya dengan lokasi ekseklusif mereka dan yang miskin dengan lokasi miskin mereka. Mat-mat dan minah-minah rempek atau golongan rendah dengan cara mereka. Ada yang sambut bawah jambatan, di tengah-tengah kebun kelapa sawit, kat taman-taman majlis daerah dan lain-lain lagi. Bak kata kat mana ajelah asalkan sambut 'TAHUN BARU' - MALAYSIA BOLEH!
Persediaan utk menyambut mungkin berbulan-bulan atau dalam sehari dua. Namun, alagkah malangnya bahana selepas daripada sambutan itu membawa padah yg memakan bertahun-tahun dan tidak kurang selama-lamanya. Bahana itu termasuklah kemalangan jalanraya dan yang paling membimbangkan ialah seks bebas dikalangan remaja. Beribu-ribu anak-anak gadis kesayangan emak-ayah 1Malaysia 'pecah dara' secara haram! Hasilnya, lihatlah sembilan bulan selepas 1/1/2010 - beratus-ratus anak-luar nikah will be produced. Buang anak juga akan meningkat. Aku bercakap nie bukan 'assumption' tapi melalui pengamatan dan statistik. Boleh check di bahagian rekod kelahiran di hospital dan pusat-pusat pemulihan akhlak samada dibiaya oleh kerajaan atau persendirian.
Kenapa perkara macam ini semakin menjadi-jadi? Sebabnya, senang aje utk difikir - Tiada kepimpinan melalui tauladan. Apa maksudnya? Pemimpin pun sambut dan sambut pula ikut cara orang Barat. Emak dan ayah juga sambut dengan membabi buta - merelakan anak-anak keluar rumah untuk sambut dengan boyfriend atau girlfriend. Sekarang nie perkara haram dah menjadi biasa... Peluk cium lelaki perempuan di kalangan artis dan remaja dah jadi macam biasa. Menteri pun cium berlaga pipi dengan isteri menteri lain. Eeh.. eehh, confuse betul lah... mufti-mufti yg bijak cerdik dok senyap aje eek. Sound lah... atau jangan jadi mufti la... jadi cheti aje...
Entahlah... fikir sendirilah...
Friday, December 4, 2009
Parking Rate
Minggu lepas aku sekeluarga 'shopping' di Plaza Low Yat, KL. Seperti biasa letak kenderaan di pakir kereta bersebelahan Plaza Imbi. Kadar pakir sejam ialah 3 ringgit.
Pergi ke Low Yat memang tak sah kalau tak beli 'gadget' dan keperluan ICT. Sempat juga aku beli 4GB pendrive, printer, wireless modem dan refill ink. Kalau tak kawal kemahuan, memang terpengaruh untuk beli laptop yang baru.
Kejam celik dah hampir 3 jam berada di dalam plaza. Kami keluar dan ke tempat bayaran paking. Skrin bayaran menunjukkan jumlah RM12. Aku pun tanya parking atendance berapa jam aku parking? Jawabnya 3 jam 3 minit! Kenapa 3 minit kira 1 jam? Jawabnya, komputer dah tentukan - walaupun lebih sesaat dikira 1 jam! Aku tanya lagi - adil ke macam nie? Jawabnya, saya tak tahu Encik, saya ikut arahan dan saya dah bagi tahu kat bos, pelanggan selalu bising! Saya tanya lagi, siapa tuan punya tempat parking nie? Datuk K! - Kelvin. OK - cukup!
Terima kasih pada parking attendance kerana sudi jawab soalan aku dan dia juga akan cuba sampaikan pesanan pada bos supaya bertindak adil - contohnya, 10 minit atau beberapa minit pertama tidak dikira sebagai 1 jam bagi bayaran parking. Pengiraan sebegini diamalkan di UK. Sesetengah penyedia parking terutamanya di tempat yang melibatkan penguna awam di premis awam seperti pasar awam dan pasaraya kelas sederhana dan rendah, kadar parking minima dikenakan dan jumlah jam kurang 30 minit tidak dikenakan bayaran.
Itulah dia senario ekonomi kapitalis di Malaysia - yang kaya mahu lebih kaya. Bimbang jadi macam Indonesia atau India. Jurang orang kaya dan miskin sangat jauh. Padahnya, kadar jenayah akan bertambah dan menjadi semakin parah. Kenyataannya, lihat sahaja kejadian rompak, ragut dan lain2 berlaku di sana-sini di negara kita. Fikir-fikirkan!
Senario parking

Subscribe to:
Posts (Atom)