Minggu lepas aku sekeluarga 'shopping' di Plaza Low Yat, KL. Seperti biasa letak kenderaan di pakir kereta bersebelahan Plaza Imbi. Kadar pakir sejam ialah 3 ringgit.
Pergi ke Low Yat memang tak sah kalau tak beli 'gadget' dan keperluan ICT. Sempat juga aku beli 4GB pendrive, printer, wireless modem dan refill ink. Kalau tak kawal kemahuan, memang terpengaruh untuk beli laptop yang baru.
Kejam celik dah hampir 3 jam berada di dalam plaza. Kami keluar dan ke tempat bayaran paking. Skrin bayaran menunjukkan jumlah RM12. Aku pun tanya parking atendance berapa jam aku parking? Jawabnya 3 jam 3 minit! Kenapa 3 minit kira 1 jam? Jawabnya, komputer dah tentukan - walaupun lebih sesaat dikira 1 jam! Aku tanya lagi - adil ke macam nie? Jawabnya, saya tak tahu Encik, saya ikut arahan dan saya dah bagi tahu kat bos, pelanggan selalu bising! Saya tanya lagi, siapa tuan punya tempat parking nie? Datuk K! - Kelvin. OK - cukup!
Terima kasih pada parking attendance kerana sudi jawab soalan aku dan dia juga akan cuba sampaikan pesanan pada bos supaya bertindak adil - contohnya, 10 minit atau beberapa minit pertama tidak dikira sebagai 1 jam bagi bayaran parking. Pengiraan sebegini diamalkan di UK. Sesetengah penyedia parking terutamanya di tempat yang melibatkan penguna awam di premis awam seperti pasar awam dan pasaraya kelas sederhana dan rendah, kadar parking minima dikenakan dan jumlah jam kurang 30 minit tidak dikenakan bayaran.
Itulah dia senario ekonomi kapitalis di Malaysia - yang kaya mahu lebih kaya. Bimbang jadi macam Indonesia atau India. Jurang orang kaya dan miskin sangat jauh. Padahnya, kadar jenayah akan bertambah dan menjadi semakin parah. Kenyataannya, lihat sahaja kejadian rompak, ragut dan lain2 berlaku di sana-sini di negara kita. Fikir-fikirkan!
Senario parking
Friday, December 4, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment