- jenayah zina;
- akibatnya;
Jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita! 1.Pecah rumah dan menyamun berlaku setiap hari, 2.kes ragut di Batu Pahat dan Terengganu, 3.mendera pembantu rumah seolah-olah tidak ada perasaan kemanusiaan, 4.menembak dan menetak sampai mati peminjam wang Ah long di Rawang dan memenjara si peminjam di Serdang, 5.Dua mayat bayi dijumpai di tong sampah selepas tak sampai 10 minit mayat pertama dijumpai di Ulu Klang Selangor, 6.Dua jaga keselamatan dibunuh - seorang darinya dipotong telinga dan seorang lagi dikambus dengan batu-bata oleh penyamun besi buruk di sebuah kilang di Selangor.
Cuba kita tanya! apa pasal macam tu terok jenayah kat negara kita...
1.Mungkin ramai orang susah dan hidup tertekan - mencuri dan menyamun jalan singkat untuk penyelesaian.
2.Pinjam dengan ah long jalan alternatif kepada birokrasi agensi/institusi kewangan.
3.Buang anak - jalan singkat untuk tutup malu dan tak bertanggungjawab.
1. Cuba kita tanya! Mana pergi Polis? tak cukup ke... atau tak cekap... ?
2. Sibuk jaga orang politik aje ke? Tapi berduyun-duyun polis/FRU/SB di Parlimen, di Perak, di Istana dan di mana-mana ada ceramah politik atau orang politik ada... mual aku tengok...
3. Kesempitan hidup ke?
4. Rakyat bawahan tak cukup makan ke?
5. Pengangguran terlalu tinggi ke?
6. Apa usaha menteri-menteri, ADUN-ADUN dan MP-MP - Sibuk dgn projek? sibuk dgn isu Chin Peng? sibuk dgn kempen PRK? atau sibuk tak tentu arah...
Inilah akibatnya bila manusia telah kufur dengan nikmat Allah dan pemimpin tidak tunai amanah dengan setelusnya - ada kuasa...dia salah guna kuasa, diberi tanggungjawab...dia menyeleweng, diberi amanah... dia khianat. Maka yang miskin semakin sempit, yang kaya semakin karun, yang muda semakin liar dan yang tua semakin tak sedarkan diri...
Tengok dan fikir...
Tuesday, July 21, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment