Monday, July 20, 2009

PPSMI - BI atau BM?


Setelah 6 tahun perlaksanaannya - ternyata ia satu kegagalan! Tidak siapa yag terfikir dan setuju untuk bersetuju ianya dilaksanakan. Hanyalah arahan berbentuk 'Top Down' dan semua pak menteri dan rakyat wajib patuh - itulah dia dinasti 'Mahathir'.

Pada mula perlaksanaan PPSMI, sememangnya aku setuju demi utk peningkatan bahasa Inggeris kononnya. Tetapi lama kelamaam, ianya menjadi satu 'kekeliruan', yang mana satu bahasa harus ku guna. Nak cakap BI dengan kawan2 Melayu, habis diketawakan atau kata aku dah buang tabiat. Sana-sini - di pejabat, pasaraya, drama Melayu dan rancangan TV reliti, semuanya menggunakan BM rojak. Lama-kelamaan, aku lihat, PPSMI banyak keburukan daripada kebaikan.

Pertama, anak Melayu semakin mundur dalam matematik dan sains. BM pulak semakin merosot terutama pelajar luar bandar. Jadi tiga subjek anak Melayu mundur!
Kedua, pelajaran sains & matematik lebih berbentuk simbol, tanpa ayat pun sudah faham apa arahan soalan. Jadi, matematik bukan wadah untuk meningkatkan kemahiran BI. Banyak kaedah lain yg lebih berkesan!
Ketiga, martabat bahasa Melayu akan lenyap. Majunya bangsa itu adalah kerana bahasanya. Di negara maju seperti France, Belgium, Germany, Switzerland, Spain, Russia dll masih bangga menggunakan bahasa ibunda beliau. Tak ada masalah! beliau mempunyai indentiti dan kekuatan tersendiri.

Sekarang dah jadi keliru... anak2 zaman PPSMI akan ke sekolah menengah pada 2012 dan ada yang masih di sekolah rendah. Jadi mangsa POLITIK anak-anak kita... mak bapak pun jadi haru... nak kena beli buku sains & matematik BM, nak kena hantar tuition BI, BM, Sains & Matematik. Puuuuhhh... banyak belanja tu... Yang untung... tauke buku and publisher laaa...

Pendapat aku:
Berbanggalah dengan bahasa ibunda - Bahasa Melayu.
Bila bercakap, gunakanlah satu bahasa yang baik dan betul.
Usah rasa rendah diri jika bercakap bahasa Melayu.
Jika perlu bercakap bahasa Inggeris, bercakaplah dengan berani - jika salah usah segan kerana itu bukan bahasa kita.
Usah kuburkan usaha mencari ilmu, mempelajari bahasa kedua atau ketiga amat dituntut dan melimpah faedah.

No comments:

Post a Comment