Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.
Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain. Selanjutnya.. Apa pandangan anda...? Siapa patut bertanggungjawab...?
Beginilah jadinya apabila konsep hari raya telah tersalah erti didalam masyarakat kita - Melayu dan Islam. Yg tak ada pilihan, kerja terkutuk sanggup dilakukan. Manakala yg berkerja tetapi tidak cukup utk bersaing sama taraf dgn jiran @ kawan dlm menyediakan persiapan - kad kreditlah jadi pilihan. Selepas hari raya masing-masing ketuk kepala, stress, tension untuk bayar semula hutang kad.
Berbeza dgn sahabat nabi dan orang-orang yg dekat dgn Allah. Hari raya satu kesedihan bagi mereka kerana, meninggalkan Ramadhan. Hari raya juga satu kegembiraan bagi mereka kerana, telah menang mengharungi bulan Ramadhan. Mereka insaf dan lebih tawaduk kepada Allah dan sudah pasti 'training' Ramadhan menambahkan lagi iman mereka. Bagaimana pula kita? Fikir-fikirkan...
Friday, September 18, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment