Monday, October 19, 2009
Bohong dan Budaya - B&B
Semalam hampir setengah hari masa ku dihabiskan di klinik kesihatan. Sudah menjadi fitrah, semakin tua semakin menurun kekuatan dan kesihatan kita. Begitulah juga dengan kesihatan ku yang tidak mengizinkan sejak kehabisan stok ubat. Terasa pedih dan ada simptom 'heart problem'.
Seperti biasa urusan pendaftaran di kaunter dilakukan secara manual - buku log 3 lima atau kad pengenalan diminta utk pendaftaran dan untuk carian rekod kesihatan yg lepas. Nombor giliran diberi dan waktu pendaftaran yg tercetak tepat 9.44 pagi. Tak menjadi kejutan bagi aku kerana menunggu terlalu lama - hampir 18 min. Beginilah keadaannya setiap kali ada 'appointment' atau buat rawatan susulan 2 bulan sekali di klinik. Tepat jam 10.04pagi, nama ku dipanggil dan kerani pendaftaran mintak surat jaminan. Aku cakap tak apalah... RM 1 aje...saya bayar.
Kemudian aku diarahkan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah. Ramai doktor pelatih di ruangan itu. Selepas mengambil tekanan darah (agak tinggi - 166/99), diarah pula pergi ke makmal untuk ujian 'urine' dan sampel darah. Ramah juga jurumakmal yg mengambil darah aku. Sambil berbual, dia tembak jari aku... tersentak dibuatnya... dan mengalirlah darah dihujung jari. Wow! paras gula aku juga tinggi - 10.8.
Selepas tamat membuat ujian dan prosedur, tunggu pula di bilik 3 untuk berjumpa doktor dan konsultasi. Sambil menunggu giliran sempat juga aku menulis dan membelek-belek rekod kesihatan terdahulu dan hari ini. Ini semua untuk menghilangkan jemu menunggu.
Tak ku sangka, rupanya setiap kali lawatan, pada rekod kesihatan kita ada tertulis masa mendaftar dan masa tamat mendaftar. Maknanya ada pemantauan berapa lama masa diambil semasa pendaftaran. Apa yang mengejutkan aku ialah, ditulisnya masa pendaftaran = 9.44am; dan masa tamat mendaftar = 9.48am. Amboi! cekapnya... hanya dalam masa 2 minit urusan pendaftaran dapat diselesaikan - walhal hampir 20 minit menunggu di kaunter pendaftaran. Rupanya bukan hari ini sahaja, rekod yang terdahulu juga dicatit tidak seperti yang sebenarnya.
Ini adalah satu pembohongan! maklumat sebenar telah dimanipulasikan. Bagaimana mungkin kelemahan dapat diperbaiki, jika hakikat sebenar kelemahan dibohongkan. Walaupun kerani kaunter tersebut masih muda, bagaimana mungkin beliau boleh memanipulasi masa yg dicatit? Betul juga kata pepatah - Kalau guru kencing berdiri, Ini kan pula anak murid kecing berlari... Sudah tentu ada guru senior yg mengajar dan mengasuh anak muridnya.
'4031'!!! Oh...giliran aku dah tiba. Masuk bilik konsultasi dan berjumpa dgn doktor. Tanya itu tanya ini... Aku diarah pula untuk buat ujian 'ECG'. Pergi bilik sebelah dan jururawat arah aku buka baju dan stokin. Tak sampai 10 minit, report ECG dikeluarkan. Excellent!! Aku kembali semula ke bilik doktor dan doktor kata kelajuan jantung aku agak tinggi. Aku mintak ujian intensif untuk pemeriksaan jantung. Tak apa... doktor kata 'awak makan ubat dahulu...selepas 2 bulan kita jumpa lagi'. Aku tak salahkan doktor, kerana ini prosedur. Doktor bagi aku cuti rehat...
Selepas tamat konsultasi, aku diarahkan ke farmasi untuk ambil ubat. Di farmasi, biasalah tunggu lagi... 10-13minit, barulah ubat aku diserahkan. Terima kasih Cik... Tengok jam, dah pukul 12.50pm - maknanya 3 jam 10 min aku dah berada di klinik tersebut.
Moralnya -
Lama menunggu disebabkan ramainya orang yg memerlukan rawatan adalah rational. Aku hargai sumbangan dan perkhidmatan yg diberikan oleh kakitangan klinikal. Amat dukacita bagi kakitangan admin yg kurang efektif dan sanggup berbohong untuk nampak bagus. Bohong atau menipu dalam masyarakat kita mungkin sudah menjadi tradisi. Mungkin telah menjadi turun temurun dan akhir sekali - Bohong adalah budaya masyarakat Malaysia. Mungkin tidak semua, tetapi jika dikaji di jabatan2 atau agensi2 kerajaan - berapa ramai yang mengamalkan B&B? kalau jawapannya, melebihi 20%, maka masyarakat kita dalam keadaan parah!
Fikir-fikirkan...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment