Friday, October 23, 2009

Undang-undang tambahan jalanraya ala Malaysia


Hanya sebulan sahaja lagi genap setahun aku telah berada di Malaysia. Bukan apa-apa, tak sampai setahun, aku dah merasa begitu 'tension' bila memandu samada di jalanraya persekutuan atau lebuhraya persekutuan. Apa yang menyebabkan aku 'tesion' - ohh... sikap pemandu Malaysia yang sangat liar, sombong dan biadap...

Apabila memandu di lebuhraya, berbagai provokasi terjadi pada aku dan juga pada pemandu lain. Lebih-lebih lagi kalau pemandu adalah perempuan dan orang tua. Cuba bayangkan, sedang kita memotong kenderaan lain, diekorinya belakang kereta kita denga jarak yang tak sampai 2 kaki! Bukan itu sahaja, disuluh-suluhnya lampu ke arah kereta kita sebagai isyarat 'beralih la...aku nak lalu nie'. Amboi... dia orang ingat jalan raya ayah dia agaknya!!!

Tetapi jika perbuatan itu terkena kepada aku, biasanya aku sengaja memandu perlahan, nak sondol belakang kereta aku... sondol lah...biar dia orang berlajar bersopan sikit bila memandu dan hormati hak orang lain yang sama-sama bayar toll dan cukai.

Perbuatan mengikut belakang kereta lain terlalu dekat dan menyuluh tinggi lampu kereta ke arah kereta lain adalah perbuatan provokasi. Sudah tentu kenderaan yg kena suluh naik berang dan menjadi tegang. Mungkin tindak balas akan dilakukan dan sudah tentu mengundang bahaya serta kejadian kemalangan.

Selama 3 tahun aku memandu di UK, tidak pernah aku menghadapi situasi seperti di atas. Jika kita memandu perlahan atau sedang/hendak memotong di laluan kanan, kenderaan belakang akan perlahankan kelajuan dan mengikut dengan jarak yang begitu selamat (jarak 3 buah kenderaan). Mereka sanggup menunggu di belakang kereta dan memotong setelah kenderaan depan beralih ke laluan kiri tanpa menyuluh lampu tinggi atau 'mengertak-gertak' di belakang kereta. Di UK, isyarat menyuluh lampu tinggi bukan mengarahkan kereta di depan beralih, tetapi sebagai isyarat memberi laluan kenderaan hadapan supaya memotong.

Selama 11 bulan, sempat juga aku catitkan beberapa kaedah memandu di jalanraya di Malaysia yg mungkin boleh dijadikan soalan-soalan utama ujian JPJ.
1. Isyarat lucah jari hantu - jika marah kepada pemandu lain
2. Signal tidak diperlukan jika hendak membelok atau masuk ke jalan utama. Rempuh aje... nanti kereta lain akan berhenti secara terpaksa. Kalau nak tunggu kereta lain beri laluan... sampai malam tak boleh membelok atau masuk ke jalan utama.
3. Guna lampu tinggi untuk arahkan kereta lain beredar dari laluan.
4. Gertak-gertak kereta di hadapan dengan mendekatkan kenderaan jika mahukan kereta di hadapan beredar, walaupun sedang memotong.
5. Kalau kereta lain beli laluan untuk anda melintas, jangan angkat tangan tanda terima kasih - buat tak tahu aje atau angkat muka atau renung macam nak makan ke arah muka orang tu.
6. Kalau kereta di hadapan sedang menjenguk-jenguk untuk melintas, bunyikan 'honk' supaya orang depan jadi lebih panik.
7. Jika ada sampah dan sisa makan, lempar aje keluar. Jalanraya tempat membuang sampah!
8. Kalau nak berludah dan buang kahak, buka tingkap dan meludah aje. Kalau kena kereta orang lain, ketawa kuat-kuat...

Cukuplah setakat ini beberapa isyarat baru yang perlu diketahui oleh semua pemandu di Malaysia dan juga pelancong. Mudah-mudahan kejadian kemalangan yang melampau-lampau dapat dikurangkan. Malaysia Boleh!!!

No comments:

Post a Comment