Sebelum mulakan kerja, 15 - 30 minit digunakan untuk mengetahui hal-hal semasa samada dalam dan luar negeri. Google search engine sangat berkesan untuk cari maklumat berdasarkan kata-kunci tertentu.
Isu kemation Teoh Beng Hock memang diikuti sejak mula. Begitu juga kes-kes jenayah yg melibatkan 'tangan orang kerajaan' seperti kes Kugan, Altantuya, Mr. Correct-corect dan banyak lagi. Entah kenapa jejari ini menaip name 'Teoh' - dan tersenarailah nama Teoh Beng Hock - 'Gempar...Video Teoh mati dipukul dalam tahanan'. Samada betul atau tidak magsa pukul itu Teoh, sama-samalah kita fikirkan...
Kalau pun itu bukan Teoh, adakah patut seorang manusia di'buat' begitu - kalau salah dakwa di mahkamah - jangan dibunuh - bunuh dikategorikan sebagai 'dosa besar'. Tidak sedarkah sipelaku itu... dia ada bapak, ibu, isteri, anak, adik, abang dan sedara-mara... apa kata kalau anak dia diperlakukan seperti itu??? Tak apa, tunggulah di saat kematian anda... wahai 'si pelaku' - lihatlah/rasalah macamana Allah akan balas kepada kamu nanti...
Tonton sampai habis video di bawah dan fikir-fikirkan.
http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/08/gemparvideo-teoh-mati-dipukul-dalam.html
Sunday, August 2, 2009
Tuesday, July 21, 2009
Kenapa banyak sangat jenayah sekarang nie...
- jenayah zina;
- akibatnya; Jenayah semakin menjadi-jadi di negara kita! 1.Pecah rumah dan menyamun berlaku setiap hari, 2.kes ragut di Batu Pahat dan Terengganu, 3.mendera pembantu rumah seolah-olah tidak ada perasaan kemanusiaan, 4.menembak dan menetak sampai mati peminjam wang Ah long di Rawang dan memenjara si peminjam di Serdang, 5.Dua mayat bayi dijumpai di tong sampah selepas tak sampai 10 minit mayat pertama dijumpai di Ulu Klang Selangor, 6.Dua jaga keselamatan dibunuh - seorang darinya dipotong telinga dan seorang lagi dikambus dengan batu-bata oleh penyamun besi buruk di sebuah kilang di Selangor.
Cuba kita tanya! apa pasal macam tu terok jenayah kat negara kita...
1.Mungkin ramai orang susah dan hidup tertekan - mencuri dan menyamun jalan singkat untuk penyelesaian.
2.Pinjam dengan ah long jalan alternatif kepada birokrasi agensi/institusi kewangan.
3.Buang anak - jalan singkat untuk tutup malu dan tak bertanggungjawab.
1. Cuba kita tanya! Mana pergi Polis? tak cukup ke... atau tak cekap... ?
2. Sibuk jaga orang politik aje ke? Tapi berduyun-duyun polis/FRU/SB di Parlimen, di Perak, di Istana dan di mana-mana ada ceramah politik atau orang politik ada... mual aku tengok...
3. Kesempitan hidup ke?
4. Rakyat bawahan tak cukup makan ke?
5. Pengangguran terlalu tinggi ke?
6. Apa usaha menteri-menteri, ADUN-ADUN dan MP-MP - Sibuk dgn projek? sibuk dgn isu Chin Peng? sibuk dgn kempen PRK? atau sibuk tak tentu arah...
Inilah akibatnya bila manusia telah kufur dengan nikmat Allah dan pemimpin tidak tunai amanah dengan setelusnya - ada kuasa...dia salah guna kuasa, diberi tanggungjawab...dia menyeleweng, diberi amanah... dia khianat. Maka yang miskin semakin sempit, yang kaya semakin karun, yang muda semakin liar dan yang tua semakin tak sedarkan diri...
Tengok dan fikir...
Monday, July 20, 2009
PPSMI - BI atau BM?

Setelah 6 tahun perlaksanaannya - ternyata ia satu kegagalan! Tidak siapa yag terfikir dan setuju untuk bersetuju ianya dilaksanakan. Hanyalah arahan berbentuk 'Top Down' dan semua pak menteri dan rakyat wajib patuh - itulah dia dinasti 'Mahathir'.
Pada mula perlaksanaan PPSMI, sememangnya aku setuju demi utk peningkatan bahasa Inggeris kononnya. Tetapi lama kelamaam, ianya menjadi satu 'kekeliruan', yang mana satu bahasa harus ku guna. Nak cakap BI dengan kawan2 Melayu, habis diketawakan atau kata aku dah buang tabiat. Sana-sini - di pejabat, pasaraya, drama Melayu dan rancangan TV reliti, semuanya menggunakan BM rojak. Lama-kelamaan, aku lihat, PPSMI banyak keburukan daripada kebaikan.
Pertama, anak Melayu semakin mundur dalam matematik dan sains. BM pulak semakin merosot terutama pelajar luar bandar. Jadi tiga subjek anak Melayu mundur!
Kedua, pelajaran sains & matematik lebih berbentuk simbol, tanpa ayat pun sudah faham apa arahan soalan. Jadi, matematik bukan wadah untuk meningkatkan kemahiran BI. Banyak kaedah lain yg lebih berkesan!
Ketiga, martabat bahasa Melayu akan lenyap. Majunya bangsa itu adalah kerana bahasanya. Di negara maju seperti France, Belgium, Germany, Switzerland, Spain, Russia dll masih bangga menggunakan bahasa ibunda beliau. Tak ada masalah! beliau mempunyai indentiti dan kekuatan tersendiri.
Sekarang dah jadi keliru... anak2 zaman PPSMI akan ke sekolah menengah pada 2012 dan ada yang masih di sekolah rendah. Jadi mangsa POLITIK anak-anak kita... mak bapak pun jadi haru... nak kena beli buku sains & matematik BM, nak kena hantar tuition BI, BM, Sains & Matematik. Puuuuhhh... banyak belanja tu... Yang untung... tauke buku and publisher laaa...
Pendapat aku:
Berbanggalah dengan bahasa ibunda - Bahasa Melayu.
Bila bercakap, gunakanlah satu bahasa yang baik dan betul.
Usah rasa rendah diri jika bercakap bahasa Melayu.
Jika perlu bercakap bahasa Inggeris, bercakaplah dengan berani - jika salah usah segan kerana itu bukan bahasa kita.
Usah kuburkan usaha mencari ilmu, mempelajari bahasa kedua atau ketiga amat dituntut dan melimpah faedah.
Monday, June 29, 2009
Dr SAM - Nostalgia

Saya Anak Malaysia...Dr Sam seorang kawan yang unik dan bekas penyanyi jalanan di Paris, London dan Jerman. Dr Sam aku kenal sejak 1986 di surau asrama Jati, sedang memberi 'bayan' maghrib. Ramai sungguh siswa-siswa mengikuti ceramah beliau, eloklah tu, kalau tak popular macam Dr Sam tak mungkin dapat tarik ramai brother ke surau!
Selang beberapa tahun, ditakdirkan aku keluar 3 hari bersama-sama Sam di surau Bangi berhampiran asrama siswi UKM. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi.
Walaupun beliau bekas seorang penyanyi, tidak ada sebab seseorang itu boleh berubah dan taat serta berkemampuan melakukan kerja dakwah.
Pada tahun 1996, aku jumpa semula Sam di Gombak, secara kebetulan aku berpindah ke rumah baru yang hampir dengan rumah Nya. Aku masih tertanya-tanya, Dr apakah dia nie? Dr Perubatan ke atau Dr Falsafah! Namun aku masih tak dapat jawapanya lagi. Hinggalah di tahun 2008, bila terbaca artikel beliau di dalam surat khabar. Barulah aku dapat jawapan, Dr Sam nie Dr apa...
Dr SAM, rupa-rupa nya bukan nama sebenar beliau. Dr Sam maksudnya, dua rakaat selesai all masalah. Cubalah amalkan jika menghadapi masalah atau kesusahan pergilah berwuduk, insya-Allah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat fikiran dan jiwa kita akan tenang," kata DR. Sam.
Moga-moga kawan ku terus istikamah dengan usaha yang mulia iaitu mengajak manusia kepada Allah!
Michael Jackson

Thriller... thriller... Inilah lagu popular Michael yg aku minat. Banyak lagi lagu-lagu beliau yg popular sejak aku dibangku sekolah menengah diawal 80'an dahulu - seperti smooth criminal, billie jean, beat it, black or white dan banyak lagi.
Terkejut juga bila dapat tahu berita kematian beliau pada hari Jumaat lalu (26/6/2009). Bila 'search' sejarah beliau di internet, terkeluarlah lagu dan video klip beliau yang popular dimasa dahulu.
Michael atau Mikhail (nama Islam) telah pun dipanggil oleh Allah yang Maha Esa. Semoga roh Nya mendapat ketenangan...
Nak dengar lagu THRILLER...?
Monday, June 15, 2009
Betapa 'BERSIFATNYA' orang bukan Islam
Tonton video ini dan ambik pengajaran...
Kalau kita... adakah bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan sebuah nyawa seekor binatang?
Kalau kita... adakah bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan sebuah nyawa seekor binatang?
Sunday, June 14, 2009
Manusia selalu tidak bersyukur...
Begitulah namanya manusia... yang tidak pernah cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Kalau muka tak cantik - solusinya Plastic Surgery; kalau dah tua - solusinya Botok atau Susuk; kalau buah dada tak besar - solusinya Breast Implant; kalau alat sulit lelaki kecil/pendek - solusinya Makan Pil Vimax dan yang sewaktu dengannya dan yang terbaru kalau anda pendek - solusinya Bedah, patahkan kaki dan sambung dengan bingkai regangan.
Teringat aku tentang kisah sahabat: Satu hari sahabat-sahabat tercari-cari Rasullah untuk mendapatkan maklumat terkini dan untuk mengubat rindu. Akhirnya, sahabat-sahabat ternampak Rasullah sedang termenung jauh di bawah sepohon pokok. Maka sahabat-sahabat bertanya apa yang merisaukan Rasullah. Rasullah menjawab: Sesungguhnya diakhir zaman nanti, umat Ku mempunyai penyakit... Tanya sahabat2: Penyakit apa ya Rasullah? Jawab Rasullah: Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati!
Moga-moga kita digolongkan dikalangan orang yang bersyukur dan zuhud.
Cerita lanjut tentang nak panjangkan kaki, klik Panjangkan kaki untuk tinggi
Teringat aku tentang kisah sahabat: Satu hari sahabat-sahabat tercari-cari Rasullah untuk mendapatkan maklumat terkini dan untuk mengubat rindu. Akhirnya, sahabat-sahabat ternampak Rasullah sedang termenung jauh di bawah sepohon pokok. Maka sahabat-sahabat bertanya apa yang merisaukan Rasullah. Rasullah menjawab: Sesungguhnya diakhir zaman nanti, umat Ku mempunyai penyakit... Tanya sahabat2: Penyakit apa ya Rasullah? Jawab Rasullah: Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati!
Moga-moga kita digolongkan dikalangan orang yang bersyukur dan zuhud.
Cerita lanjut tentang nak panjangkan kaki, klik Panjangkan kaki untuk tinggi
Subscribe to:
Posts (Atom)