Monday, June 29, 2009

Dr SAM - Nostalgia


Saya Anak Malaysia...Dr Sam seorang kawan yang unik dan bekas penyanyi jalanan di Paris, London dan Jerman. Dr Sam aku kenal sejak 1986 di surau asrama Jati, sedang memberi 'bayan' maghrib. Ramai sungguh siswa-siswa mengikuti ceramah beliau, eloklah tu, kalau tak popular macam Dr Sam tak mungkin dapat tarik ramai brother ke surau!

Selang beberapa tahun, ditakdirkan aku keluar 3 hari bersama-sama Sam di surau Bangi berhampiran asrama siswi UKM. Banyak ilmu dan pengalaman dikongsi.

Walaupun beliau bekas seorang penyanyi, tidak ada sebab seseorang itu boleh berubah dan taat serta berkemampuan melakukan kerja dakwah.

Pada tahun 1996, aku jumpa semula Sam di Gombak, secara kebetulan aku berpindah ke rumah baru yang hampir dengan rumah Nya. Aku masih tertanya-tanya, Dr apakah dia nie? Dr Perubatan ke atau Dr Falsafah! Namun aku masih tak dapat jawapanya lagi. Hinggalah di tahun 2008, bila terbaca artikel beliau di dalam surat khabar. Barulah aku dapat jawapan, Dr Sam nie Dr apa...

Dr SAM, rupa-rupa nya bukan nama sebenar beliau. Dr Sam maksudnya, dua rakaat selesai all masalah. Cubalah amalkan jika menghadapi masalah atau kesusahan pergilah berwuduk, insya-Allah dengan menunaikan solat sunat dua rakaat fikiran dan jiwa kita akan tenang," kata DR. Sam.

Moga-moga kawan ku terus istikamah dengan usaha yang mulia iaitu mengajak manusia kepada Allah!

Michael Jackson


Thriller... thriller... Inilah lagu popular Michael yg aku minat. Banyak lagi lagu-lagu beliau yg popular sejak aku dibangku sekolah menengah diawal 80'an dahulu - seperti smooth criminal, billie jean, beat it, black or white dan banyak lagi.

Terkejut juga bila dapat tahu berita kematian beliau pada hari Jumaat lalu (26/6/2009). Bila 'search' sejarah beliau di internet, terkeluarlah lagu dan video klip beliau yang popular dimasa dahulu.

Michael atau Mikhail (nama Islam) telah pun dipanggil oleh Allah yang Maha Esa. Semoga roh Nya mendapat ketenangan...

Nak dengar lagu THRILLER...?

Monday, June 15, 2009

Betapa 'BERSIFATNYA' orang bukan Islam

Tonton video ini dan ambik pengajaran...



Kalau kita... adakah bersungguh-sungguh untuk menyelamatkan sebuah nyawa seekor binatang?

Sunday, June 14, 2009

Manusia selalu tidak bersyukur...

Begitulah namanya manusia... yang tidak pernah cukup dengan apa yang telah Allah kurniakan kepadanya. Kalau muka tak cantik - solusinya Plastic Surgery; kalau dah tua - solusinya Botok atau Susuk; kalau buah dada tak besar - solusinya Breast Implant; kalau alat sulit lelaki kecil/pendek - solusinya Makan Pil Vimax dan yang sewaktu dengannya dan yang terbaru kalau anda pendek - solusinya Bedah, patahkan kaki dan sambung dengan bingkai regangan.

Teringat aku tentang kisah sahabat: Satu hari sahabat-sahabat tercari-cari Rasullah untuk mendapatkan maklumat terkini dan untuk mengubat rindu. Akhirnya, sahabat-sahabat ternampak Rasullah sedang termenung jauh di bawah sepohon pokok. Maka sahabat-sahabat bertanya apa yang merisaukan Rasullah. Rasullah menjawab: Sesungguhnya diakhir zaman nanti, umat Ku mempunyai penyakit... Tanya sahabat2: Penyakit apa ya Rasullah? Jawab Rasullah: Penyakit cintakan dunia dan takutkan mati!

Moga-moga kita digolongkan dikalangan orang yang bersyukur dan zuhud.


Cerita lanjut tentang nak panjangkan kaki, klik Panjangkan kaki untuk tinggi

Sunday, May 17, 2009

Masjid ketandusan jemaah!


1. Masjid adalah tempat yang paling Allah suka dan pasar adalah tempat yang paling dibenciNya.
2. Masjid adalah infrastruktur yang pertama dan utama dibangunkan oleh Nabi kita apabila berhijrah ke Madinah.
3. Masjidlah tempat dimana rahmat Allah diturunkan dan sesiapa yang selalu berkunjung menunaikan sembahyang berjemaah 5 kali sehari, akan membawa sama rahmat tersebut ke rumah-rumah mereka.
4. Masjidlah tempat yang paling baik untuk menjadikan manusia baik.
5. Masjidlah tempat yang paling tenang di dunia

Itu hanyalah secebis kelebihan dan kebaikan masid yang dapat aku ingat dan senaraikan. Kita boleh dapatkan kelebihan dan sejarah masjid daripada buku-buku di kedai sana. Bukan itu maksud aku untuk membawa senario masjid seperti tajuk di atas! Tetapi, persoalannya, kenapa hari ini masjid-masjid sudah ketandusan jemaah?

Perjalanan pulang dari tempat kerja ada lebih kurang 9 buah masjid/surau. Jika telah masuk waktu, aku singgah untuk sembahyang berjemaah. Selalunya waktu Asar, Maghrib dan sesekali Isyak. Rata-rata bilangan jemaah amat menyedihkan. Dan yang menyedihkan, hanyalah orang-orang pencen dan yang melebihi usia sunnah (63 ke atas) dan jarang sekali ada anak muda. Kadang-kadang 2 orang aje dan malang sekali sesetengah masjid, satu saf pun tak penuh dengan ahli jemaah. Bangunan masjid, Masyallah!!! besar-besar belaka. Kemana perginya orang tempatan/taman/kampong? mungkin belum balik kerja atau sembahyang sendiri di rumah! Atau masjid/surau sudah tidak ada 'VALUE' atau sesungguhnya umat Islam sudah ketandusan 'RAHMAT'.

Sama-sama kita berdoa agar masjid di negara kita tidak jadi seperti gereja-gereja di UK - ditutup dan dijual kepada orang Islam, Yahudi dan pengusaha-pengusaha hartanah kerana gereja tidak lagi berfungsi dan tiada pengunjung/jemaah.

Thursday, May 14, 2009

Penghawa dingin kereta & kanser


Baru sekejap dapat email kawan dari India. Artikel yang dikongsi ialah berkenaan gejala kanser yang boleh kita dapati daripada penghawa dingin kereta. Artikelnya sangat berguna kerana kita guna hawa dingin hampir setiap hari apabila memandu – al-maklum, negara kita panas!. Bila bercakap tentang kanser – memang merisaukan, kiri dan kanan kawan dapat kanser. Ada yang dah meninggal dan ada yang sedang menghadapinya. Kita akur bahawa sihat atau sakit adalah kurniaan dari Allah. Walaubagaimanapun, kita wajib berikhtiar untuk mencari penawar dan mencegah sebelum terkena.

Kanser adalah penyakit yang dikategori sebagai penyakit merbahaya, amat sukar dan memerlukan kos yang tinggi untuk merawatnya.

Daripada mana sumber artikel tersebut diambil tidak dinyatakan. Walaubagaimanapun, tidak rugi jika kita baca dan jadikan sebagai langkah pro-aktif dalam menangani kanser.

Sempat disunting diantara perkara penting yang di 'highlight':


1. Do not turn on A/C immediately as soon as you enter the car!
2. Please open the windows after you enter your car and do not turn ON the air-conditioning immediately.
3. According to a research done, the car dashboard, sofa, air freshener emits Benzene, a Cancer causing toxin (carcinogen- take note of the heated plastic smell in your car). In addition to causing cancer, it poisons your bones, causes anemia, and reduces white blood cells. Prolonged exposure will cause Leukemia, increasing the risk of cancer may also cause miscarriage.
4. Acceptable Benzene level indoors is 50 mg per sq. ft. A car parked indoors with the windows closed will contain 400-800 mg of Benzene. If parked outdoors under the sun at a temperature above 60 degrees F, the Benzene level goes up to 2000-4000 mg, 40 times the acceptable level... & the people inside the car will inevitably inhale an excess amount of the toxins.
5. It is recommended that you open the windows and door to give time for the interior to air out before you enter. Benzene is a toxin that affects your kidney and liver, and is very difficult for your body to expel this toxic stuff.

"Apabila seseorang berkongsi sesuatu yang bernilai dengan anda dan anda mendapat manafaat daripadanya, anda berhak/bertanggunjawab menyampaikannya kepada orang lain"

Wednesday, May 13, 2009

Ibu Derhaka



Sambil memandu ke tempat kerja dari Johor ke Melaka, hanya 2 perkara yang dapat aku buat - mendengar dan melihat. Oleh kerana pokok/rumah kiri-kanan dah jemu aku lihat, radiolah pulak jadi teman. Berjasa jugak radio di kereta, dapat mengikuti pengalaman dan cerita-cerita masyarakat melalui Radio Sinaran Era FM. Tema ucapan pagi itu ialah 'Hari Ibu'. Maka bertalu-talulah masyarakat Malaysia buat ucapan. Semestinyalah semua orang berterima kasih kepada jasa ibu yang tak terhingga... ada yang menangis-nangis dan sebak.

Tiba-tiba muncul pemanggil lelaki yang mahu dikenali sebagai 'T'. Percakapan T agak serius dan penuh dengan kegeraman. T mahu berkongsi cerita tentang kisah 'ibu derhaka'. T mulakan ceritaNya dengan kisah seorang anak yang dahagakan kasih ibu selama 27 tahun. Anak itu tiada ibu dan bapa kerana dijumpai di tempat buang sampah, sedang diurung lalat dan nyamuk. Nasib baik ada orang jumpa dan menyerahkan anak itu dirumah kebajikan masyarakat. Maka membesarlah anak itu tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Bersekolah tanpa iringan ibu..., hari-raya di asrama..., semuanya sendiri... Sehinggalah sekarang anak itu masih mencari siapa ibu!. Lebih-lebih lagi beliau baru sahaja 2 minggu melangsungkan perkahwinan dan hari ini hari 'ibu'. DJ pun tanya siapa anak buangan itu... kawan ke? Dengan sebak T jawab... anak buangan itu adalah T!!!. Semua senyap... hanya T dengan tabah meneruskan ucapan (aku rasa dia dah puas menangis agaknya) kepada 'ibu derhaka' Nya... Wahai ibu... jika ibu mendengar siaran ini, hubungilah saya... T amat merindui ibu...

Akhir sekali, T sempat memberi nasihat... "kepada mereka-mereka yang terlanjur...dan mendapat anak haram... janganlah buang anak itu... serahkan kepada orang yang memerlukanNya...saya tak tahulah...kenapalah manusia sanggup buang anak sendiri spt ibu saya... nak samakan apa yea...binatang pun kasihkan anak..." ooooppp... T tak boleh teruskan ucapan dan DJ-DJ pun tak terkata apa... semuanya sebak... termasuklah aku... mengalir air mata...

Boleh tak kita kira ibu T, "ibu derhaka"??? Fikir-fikirkan...