Sunday, May 17, 2009

Masjid ketandusan jemaah!


1. Masjid adalah tempat yang paling Allah suka dan pasar adalah tempat yang paling dibenciNya.
2. Masjid adalah infrastruktur yang pertama dan utama dibangunkan oleh Nabi kita apabila berhijrah ke Madinah.
3. Masjidlah tempat dimana rahmat Allah diturunkan dan sesiapa yang selalu berkunjung menunaikan sembahyang berjemaah 5 kali sehari, akan membawa sama rahmat tersebut ke rumah-rumah mereka.
4. Masjidlah tempat yang paling baik untuk menjadikan manusia baik.
5. Masjidlah tempat yang paling tenang di dunia

Itu hanyalah secebis kelebihan dan kebaikan masid yang dapat aku ingat dan senaraikan. Kita boleh dapatkan kelebihan dan sejarah masjid daripada buku-buku di kedai sana. Bukan itu maksud aku untuk membawa senario masjid seperti tajuk di atas! Tetapi, persoalannya, kenapa hari ini masjid-masjid sudah ketandusan jemaah?

Perjalanan pulang dari tempat kerja ada lebih kurang 9 buah masjid/surau. Jika telah masuk waktu, aku singgah untuk sembahyang berjemaah. Selalunya waktu Asar, Maghrib dan sesekali Isyak. Rata-rata bilangan jemaah amat menyedihkan. Dan yang menyedihkan, hanyalah orang-orang pencen dan yang melebihi usia sunnah (63 ke atas) dan jarang sekali ada anak muda. Kadang-kadang 2 orang aje dan malang sekali sesetengah masjid, satu saf pun tak penuh dengan ahli jemaah. Bangunan masjid, Masyallah!!! besar-besar belaka. Kemana perginya orang tempatan/taman/kampong? mungkin belum balik kerja atau sembahyang sendiri di rumah! Atau masjid/surau sudah tidak ada 'VALUE' atau sesungguhnya umat Islam sudah ketandusan 'RAHMAT'.

Sama-sama kita berdoa agar masjid di negara kita tidak jadi seperti gereja-gereja di UK - ditutup dan dijual kepada orang Islam, Yahudi dan pengusaha-pengusaha hartanah kerana gereja tidak lagi berfungsi dan tiada pengunjung/jemaah.

No comments:

Post a Comment