Wednesday, May 13, 2009

Ibu Derhaka



Sambil memandu ke tempat kerja dari Johor ke Melaka, hanya 2 perkara yang dapat aku buat - mendengar dan melihat. Oleh kerana pokok/rumah kiri-kanan dah jemu aku lihat, radiolah pulak jadi teman. Berjasa jugak radio di kereta, dapat mengikuti pengalaman dan cerita-cerita masyarakat melalui Radio Sinaran Era FM. Tema ucapan pagi itu ialah 'Hari Ibu'. Maka bertalu-talulah masyarakat Malaysia buat ucapan. Semestinyalah semua orang berterima kasih kepada jasa ibu yang tak terhingga... ada yang menangis-nangis dan sebak.

Tiba-tiba muncul pemanggil lelaki yang mahu dikenali sebagai 'T'. Percakapan T agak serius dan penuh dengan kegeraman. T mahu berkongsi cerita tentang kisah 'ibu derhaka'. T mulakan ceritaNya dengan kisah seorang anak yang dahagakan kasih ibu selama 27 tahun. Anak itu tiada ibu dan bapa kerana dijumpai di tempat buang sampah, sedang diurung lalat dan nyamuk. Nasib baik ada orang jumpa dan menyerahkan anak itu dirumah kebajikan masyarakat. Maka membesarlah anak itu tanpa kasih sayang ibu dan bapa. Bersekolah tanpa iringan ibu..., hari-raya di asrama..., semuanya sendiri... Sehinggalah sekarang anak itu masih mencari siapa ibu!. Lebih-lebih lagi beliau baru sahaja 2 minggu melangsungkan perkahwinan dan hari ini hari 'ibu'. DJ pun tanya siapa anak buangan itu... kawan ke? Dengan sebak T jawab... anak buangan itu adalah T!!!. Semua senyap... hanya T dengan tabah meneruskan ucapan (aku rasa dia dah puas menangis agaknya) kepada 'ibu derhaka' Nya... Wahai ibu... jika ibu mendengar siaran ini, hubungilah saya... T amat merindui ibu...

Akhir sekali, T sempat memberi nasihat... "kepada mereka-mereka yang terlanjur...dan mendapat anak haram... janganlah buang anak itu... serahkan kepada orang yang memerlukanNya...saya tak tahulah...kenapalah manusia sanggup buang anak sendiri spt ibu saya... nak samakan apa yea...binatang pun kasihkan anak..." ooooppp... T tak boleh teruskan ucapan dan DJ-DJ pun tak terkata apa... semuanya sebak... termasuklah aku... mengalir air mata...

Boleh tak kita kira ibu T, "ibu derhaka"??? Fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment