Monday, May 4, 2009

PLUS yang tak 'Kelas'

Semalam (3/5/2009) dalam perjalanan menghantar anak balik ke asrama di PD, lebuhraya teramatlah sesak. Bermula dari tol Linggi hinggalah ke tol PD, kelajuan hanyalah sekitar 0-5 mph dan terhenti-henti selama 5 minit setiap henti. Perjalanan yg biasanya mengambil masa lebih kurang 1 jam ke PD, tapi semalam 2jam 55 minit.

Tekak haus, pinggang sakit, kaki lenguh, kepala sakit, kos bertambah (semakin tinggi penggunaan petrol) hati lagilah sakit... apa tidaknya tol tetap kena bayar spt yg ditetapkan, perkhidmatan? tidak ada siapa yang boleh pertikaikan PLUS!!!. Adakah ini adil????

Bila dibanding-bandingkan dengan negara luar, kita amat jauh dari segi pembelaan hak pengguna. Kalau di UK, lebuhraya percuma dan selesa, kalau jam pun tak lah tiap-tiap minggu - cuma jika ada kemalangan. Perkhidmatan 'tow' percuma jika ada kesesakan dan di kawasan yg ada kerja pembaikan. Begitu juga dengan bekalan elektrik - jika 'black-out' pampasan akan dibayar kepada pengguna. Sebulan lepas kawan yg tinggal di Sunderland dapat £20 kerana 1/2jam bekalan letrik terputus.

Berbalik kepada PLUS tadi, selepas menghantar anak balik, trafik ke KL masih sesak - masa tu jam disekitar 7.55pm. Nasib baik aku menentang arus untuk ke selatan. Kalau PLUS sebuah syarikat yg bertanggungjawab, sepatutnya dia berbuat spt sykt elektrik di UK. Sekurang-kurangnya bagilah tol diskaun 50% atau free lagi adil!!! Sedikitpun PLUS tak merasa 'bersalah' atau 'bertanggungjawab'. Atau sekurang-kurangnya sediakanlah tindakan yang pro-aktif seperti skuad penyelesai kesesakan lalulintas dengan membuka laluan di sebelah atau memberi maklumat tentang kesesakan sebelum pemandu memasuki pintu masuk tol. Ini... selamba aje... jam ke... meletup ke jalan... ada gorila ke... masuk2... lagi banyak kereta masuk tol...lagi banyak 'untung' - tiap-tiap tahun tol mesti naik!!! - senang betul bisnes!!!

Hai... malas nak cakap pasal PLUS yang tak ada 'kelas' nie. Di bawah nie adalah sikit gambaran kesesakan yg sempat diambil.

No comments:

Post a Comment