Thursday, April 30, 2009

Engine Carian Terbaru - 'Web Tool'


Hari nie tengok-tengok berita luar negara dan dah menjadi kegemaran aku untuk ingin tahu teknologi (terutamanya dlm bidang ICT) terbaru yg dihasilkan atau akan dihasilkan. Yes, satu lagi 'engine' carian internet akan dilancarkan pada pertengahan bulan May ini. Ianya sama mustahak dengan engine 'google', tetapi lebih cerdik dan faham apa yang kita nak tanya/cari. Keputusan carian adalah berupa jawapan kepada pencarian/persoalan yg hendak kita tahu. Contohnya; 'berapa tinggi gunung Everest', 'web tool' akan bagi jawapan yg terus. Berbeza dgn google, menyenaraikan article dan informasi yang mempunyai kesamaan dgn kata kunci yg kita taip.

Web tool ini dihasilkan oleh Dr Stephen Wolfram dari Harvard University yg telah membuat kajian terhadap 'natural language processing' beberapa tahun yang lalu. Read more... http://news.bbc.co.uk/2/hi/technology/8026331.stm

Doctor2 di Universiti kita macamana yea...? banyak geran penyelidikan telah dikeluarkan... tapi tak banyak yg boleh dikomersilkan...banyak kat paper aje... kot...

No comments:

Post a Comment