Monday, April 27, 2009

Miskin dan susah (1)


Semalam aku ke bank 'withdraw' duit untuk bahagian zakat. Sepatutnya awal tahun lagi zakat tu dikeluarkan dan diagihkan kepada mereka yang layak. Begitulah setiap tahun aku mengurus dan mengagihkan zakat simpanan secara sendiri - tidak menyerahkan kepada pihak yg berkuasa (Pusat pungutan zakat). Kata orang senang aje... buat potongan gaji dan dapat rebet 'income tax'. Tapi aku berpendapat lain daripada mereka yg di sana, mengagihkan sendiri zakat lebih memberikan aku kesedaran dan keinsafan betapa di luar sana ramai yg begitu miskin dan susah serta memerlukan bantuan.

Semasa keluar dari bank, zohor hampir masuk waktu. Maka aku terus ke masjid dan habis solat aku terpandang kawan (Z -nama samaran) sekelas semasa di sekolah rendah lagi. Memang selalu jumpa dan lihat dia di masjid. KeadaaNya amat menyedihkan - hampir tidak terurus, cakappun merapu-rapu dan tempat bermalam beliau di kaki lima masjid. Lama dah dia menduda dan sekarang nie sedang mendapat rawatan berterusan - mental effect.

Bila tanya kau nak kerja tak? dia kata dia tengah buat proposal kat Pak Lah utnuk betulkan syarikat UEM!!. Sebab tak nak meleret, aku serahkan aje sedikit wang zakat kepada beliau - Z nampak sebak dan terharu serta mengucapkan banyak2 terima kasih. Aku rasa dia betul2 menghargai bantuan yg dia dapat. Akhir kata dari Z, 'semoga rezeki kau dimurahkan oleh Nya'.

itulah aku cakap tadi - agih zakat sendiri banyak memberi aku keinsafan dan pengajaran serta bersyukur dgn apa yg Allah bagi selama ini.

No comments:

Post a Comment