Monday, April 27, 2009

Miskin dan susah (2)


Masih lagi cerita di hari yang sama dan tempat yang sama - Z dan masjid. Selepas mengaggihkan wang zakat kepada Z, aku terus ke kereta. Ada seorang hamba Allah mengekori aku dan memanggil aku untuk cakap sesuatu. Orangnya kecik dan kurus aje... istilah orang kata - tak cukup makan. Nak kata macam 'mat gian' pun ada. Jadi, aku berhenti dan mendengar apa yg dia nak cakap. Kata orang tu dengan berbahasa - 'saya tak ada duit tambang nak balik Muar, nak mintak Rm 3 pun jadilah'. Aku tanya, apa awak buat kat T? Dia kata cari kerja dengan kawan, tapi kena tinggal! Bila aku renong mata Nya, dia tak mengalihkan pandangan dan lama kelamaan dia tunduk serta rasa sebak. Inilah formula aku nak tahu seseorang itu cakap bohong atau tidak - orang bohong tak mampu bertentang mata.

Lantaran duit zakat masih ada, aku bagi aje (lima puluh ringgit) keperluan yg dihajati oleh saudara tersebut. Itulah... kalau kita dah berniat utk berzakat - secara 'cash' Allah hantar orang2 yang memerlukannya...

Klik sini untuk mengetahui info zakat dan kakulator zakat http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/wang%20simpanan.asp

No comments:

Post a Comment