Wednesday, May 13, 2009

Traffic light


'Traffic light' atau lampu isyarat sangat berjasa kepada pengguna jalanraya untuk mengawal aliran lalulintas secara adil. 'Traffic light' pertama dipasang di hadapan Dewan Parlimen Britain, Westminster London pada tahun 1868.

Nak cerita tentang lampu isyarat - Hari Khamis lepas aku ada bengkel di Melaka. Perjalanan dari tol Ayer Keroh ke Hotel Bayview, terlewat, kerana terpaksa menempoh 'traffic light' yang terlalu banyak - ada 11 buah semuanya. Dan, jangkamasa setiap perhentian adalah 99 saat, samada di seberang, depan dan kiri-kanan jalan tak ada kereta. Aku rasa dah tiba masanya 'traffic light' di Melaka atau di Malaysia kena 'upgrade' kepada yg lebih cerdik dan canggih - boleh kawal lalu-lintas macam polis trafik. Cthnya; jika jumlah kenderaan di sebelah kiri tiada atau tak banyak, masa lampu merah dipanjangkan dan masa lampu hijau di laluan sesak dipanjangkan.

Kalau di UK, 'traffic light' yg ada 'counter'/nombor tak pernah pulak aku jumpa. Cuma yang ada ialah 'sensor' dan 'cctv'. Sensor untuk mengesan berapa jumlah kereta yang menunggu dan digunakan sebagai input untuk mengawal lalu-lintas dengan menukar isyarat merah atau hijau. CCTV adalah untuk merakam kenderaan yang menyalahi lalu-lintas. cthnya; melanggar lampu merah.

Dalam fikiran nie terfikir pulak, kenapa kita tak pasang 'traffic light' yang ada 'sensor' dan 'cctv'! Menurut kawan di MIMOS(11 tahun yang lalu), cubaan untuk menggantikan 'traffic light' yang ada 'sensor' dan 'cctv' dah lama diutarakan kepada kerajaan . Tapi, ditolak kerana kerajaan ada kontrak dengan Philips dan semua 'traffic light' sedia ada perlu ditukar. Sudah tentu syarikat sedia ada akan digantikan dengan syarikat baru...

Itulah yea... mungkin kontrak itu dan ini di Malaysia dah ada orang 'tertentu' - tak boleh kacau... Agaknya... kalau nak tukar kontraktor, kena tunggu harta kontraktor asal tak habis 7 keturunan... Ini andaian aku aje... fikir-fikirkan...

No comments:

Post a Comment