Wednesday, May 6, 2009
Rumah Sewa & Penyewa
Sejak membeli rumah kedua - teres 3 bilik, 9 tahun yang lalu, memang aku tak pernah duduki rumah tersebut. Belipun kerana nak jaga hati mak bapak kerana rumah tu rumah hadiah dari bapak - hanya 25 ribu aje. Masing-masing 7 beradik dapat seorang satu.
Oleh kerana aku masih lagi bekerja di KL (6 tahun lalu), rumah tu disewakan aje. Penyewa pertama seorang Pegawai bank, orang Melayu Islam dan sewa hanya 280 ringgit sahaja (tak pulang modal pun). Orangnya OK dan tak ada masalah. Setahun setengah kemudian beliau keluar kerana beli rumah sendiri.
Penyewa kedua, baba Cina, suami bekerja sebagai Inspektor Polis - tak ada masalah dari bayaran sewa dan merupakan penyewa paling lama, hampir 7 tahun. Penyewa ketiga, menyewa semasa aku masih di luar negara. Jadi semua urusan melalui mak dan perjanjianpun tak buat - ikut janji mulut. Penyewa ketiga nie, Melayu Islam dan tak pernah aku jumpa serta orangnya pun tak 'friendly' langsung. Mungkin dia Inspektor, maka dia kena serius memanjang... dan orang kena tabik kat dia! Sorry... dengan aku memang tak jalan macam tu. Umur baru 23 tahun dan kerjapun baru 2 tahun dah berlagak semacam.
Rupanya penyewa ketiga nie bawak banyak masalah:-
1. Bayar sewa ikut suka hati - selalunya hujung bulan dan kena mintak - penat mak aku..
2. Buat sesuatu terhadap rumah tak bagi tahu pada tuan rumah - dia ikut suka tebuk sana sini, tambak tar sana sini (semua tauke bagi...). Hello... ini bukan rumah ayah awak!!!
Satu hari bil air mencecah 480 ringgit. Barulah dia terangkat dan suruh aku settle.... wah.. wah.. banyak cantik punya orang. So, bila SAJ siasat ada bocor dalam dinding. Untuk selesaikan masalah ini, aku baca dan rujuk kepada peguam berkenaan 'tenancy agreement'. Peguam aku kata penyewa bertanggung jawab terhadap bil penggunaan. Tanggungjawab 'landlord' ialah membaiki kerosakan. Menurut peguam, dalam kes ini, penyewa dianggap cuai kerana tidak bertindak untuk melapor dan menutup punca air utama.
Akupun menerangkan kepada penyewa tentang siapa yg bertanggungjawab utk bayar bil air tersebut. Riak muka beliau memang tak setuju. Atas dasar kasihan, aku sedia 'share' 50-50. Pada masa yang sama juga aku serahkan 'tenancy agreement' pada penyewa untuk ditandatangani. Diapun terkejut kenapa nak ada tenancy agreement. Aku jawab, penyewa sebelum pun aku buat tenancy agreement. Aku tak nak cerita panjang, kalau setuju 'sign', kalau tak setuju, carilah rumah lain dalam masa sebulan - Diapun 'sign'.
Tak sampai 2 minggu, penyewa hantar pesanan SMS - nak pindah. Aku jawab, 'no problem' dan 'terima kasih'. Bila aku lalu depan rumah sewa aku, rupa-rupanya meter air dah kena potong - itu sebab dia pindah. Bil air tertunggak tak dibayarnya walaupun aku dah bagi separuh daripada 480 ringgit.
Banyak hal bila meter air dah kena potong dan di bawah nie adalah syarat2 yg perlu aku penuhi utk penyambungan semula:-
1. Bayaran pemotongan = RM20
2. Bayaran penyambungan = RM20
3. Kena isi borang penyambungan
4. Hak milik rumah kena ditukar, jika masih atas nama pemaju
5. Bayar deposit semula RM110, walaupun deposit sebelum air dipotong masih ada.
Aku serik sungguh nak sewakan rumah dan hingga sekarang rumah tu lebih rela aku kosongkan. Tak apa... at least aku dapat pengalaman dan belajar tentang 'jenis-jenis' manusia. Maka dapatlah disimpulkan pengajaran daripada peristiwa di atas spt berikut:-
1. Setiap urusniaga hendaklah dilakukan dengan sistematik - contohnya; dokumenkan perjanjian dan jangan ambil mudah serta jangan buat jangan janji 'mulut'.
2. Sebaik-baiknya uruskan sendiri perniagaan anda - walapun rumah sewa. Dengan melihat orang yg nak berurusan - kita dapat baca air-muka seseorang - samada baik, jujur, penipu atau pemutar alam.javascript:void(0)
3. Agensi kerajaan (terutamanya kerajaan tempatan) banyak sangat 'birokrasi' dan penyedut 'darah' - tengok dalam kes aku... potong meter pun kena caj RM20 dan bayar semula deposit RM110. Aduiii... kalau orang kampong atau yang kerja stesen minyak berpendapatan RM20 sehari macamana yea...? Oleh itu elakkan kes dimana 'clause' penalti telah diambil.
Fikir-fikirkanlah...
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam tuan nak mintak perjanjian sewa tu boleh tak?
ReplyDelete