Thursday, April 30, 2009
Engine Carian Terbaru - 'Web Tool'
Hari nie tengok-tengok berita luar negara dan dah menjadi kegemaran aku untuk ingin tahu teknologi (terutamanya dlm bidang ICT) terbaru yg dihasilkan atau akan dihasilkan. Yes, satu lagi 'engine' carian internet akan dilancarkan pada pertengahan bulan May ini. Ianya sama mustahak dengan engine 'google', tetapi lebih cerdik dan faham apa yang kita nak tanya/cari. Keputusan carian adalah berupa jawapan kepada pencarian/persoalan yg hendak kita tahu. Contohnya; 'berapa tinggi gunung Everest', 'web tool' akan bagi jawapan yg terus. Berbeza dgn google, menyenaraikan article dan informasi yang mempunyai kesamaan dgn kata kunci yg kita taip.
Web tool ini dihasilkan oleh Dr Stephen Wolfram dari Harvard University yg telah membuat kajian terhadap 'natural language processing' beberapa tahun yang lalu. Read more... http://news.bbc.co.uk/2/hi/technology/8026331.stm
Doctor2 di Universiti kita macamana yea...? banyak geran penyelidikan telah dikeluarkan... tapi tak banyak yg boleh dikomersilkan...banyak kat paper aje... kot...
Monday, April 27, 2009
Miskin dan susah (2)
Masih lagi cerita di hari yang sama dan tempat yang sama - Z dan masjid. Selepas mengaggihkan wang zakat kepada Z, aku terus ke kereta. Ada seorang hamba Allah mengekori aku dan memanggil aku untuk cakap sesuatu. Orangnya kecik dan kurus aje... istilah orang kata - tak cukup makan. Nak kata macam 'mat gian' pun ada. Jadi, aku berhenti dan mendengar apa yg dia nak cakap. Kata orang tu dengan berbahasa - 'saya tak ada duit tambang nak balik Muar, nak mintak Rm 3 pun jadilah'. Aku tanya, apa awak buat kat T? Dia kata cari kerja dengan kawan, tapi kena tinggal! Bila aku renong mata Nya, dia tak mengalihkan pandangan dan lama kelamaan dia tunduk serta rasa sebak. Inilah formula aku nak tahu seseorang itu cakap bohong atau tidak - orang bohong tak mampu bertentang mata.
Lantaran duit zakat masih ada, aku bagi aje (lima puluh ringgit) keperluan yg dihajati oleh saudara tersebut. Itulah... kalau kita dah berniat utk berzakat - secara 'cash' Allah hantar orang2 yang memerlukannya...
Klik sini untuk mengetahui info zakat dan kakulator zakat http://www.e-zakat.com.my/baru/k-zakat/wang%20simpanan.asp
Miskin dan susah (1)
Semalam aku ke bank 'withdraw' duit untuk bahagian zakat. Sepatutnya awal tahun lagi zakat tu dikeluarkan dan diagihkan kepada mereka yang layak. Begitulah setiap tahun aku mengurus dan mengagihkan zakat simpanan secara sendiri - tidak menyerahkan kepada pihak yg berkuasa (Pusat pungutan zakat). Kata orang senang aje... buat potongan gaji dan dapat rebet 'income tax'. Tapi aku berpendapat lain daripada mereka yg di sana, mengagihkan sendiri zakat lebih memberikan aku kesedaran dan keinsafan betapa di luar sana ramai yg begitu miskin dan susah serta memerlukan bantuan.
Semasa keluar dari bank, zohor hampir masuk waktu. Maka aku terus ke masjid dan habis solat aku terpandang kawan (Z -nama samaran) sekelas semasa di sekolah rendah lagi. Memang selalu jumpa dan lihat dia di masjid. KeadaaNya amat menyedihkan - hampir tidak terurus, cakappun merapu-rapu dan tempat bermalam beliau di kaki lima masjid. Lama dah dia menduda dan sekarang nie sedang mendapat rawatan berterusan - mental effect.
Bila tanya kau nak kerja tak? dia kata dia tengah buat proposal kat Pak Lah utnuk betulkan syarikat UEM!!. Sebab tak nak meleret, aku serahkan aje sedikit wang zakat kepada beliau - Z nampak sebak dan terharu serta mengucapkan banyak2 terima kasih. Aku rasa dia betul2 menghargai bantuan yg dia dapat. Akhir kata dari Z, 'semoga rezeki kau dimurahkan oleh Nya'.
itulah aku cakap tadi - agih zakat sendiri banyak memberi aku keinsafan dan pengajaran serta bersyukur dgn apa yg Allah bagi selama ini.
Saturday, April 25, 2009
Kejayaan
Sejak dua menjak nie, hypermarket MYDIN yg berhampiran tempat aku kerja menjadi bualan orang ramai - murah2, macam2 ada dan ramainya orang... kuak orang baru nampak barang yang nak beli. Dalam keghairahan membeli/shopping, kita lupa bertanya siapa dia MYDIN dan sejarah kejayaan syarikat keluarga ini bermula. Saya ingat kata-kata jurulatih sepaktakraw aku dulu semasa mewakili Johor - kalau nak menang... kena berkorban...
Begitulah kunci kejayaan MYDIN - ikuti sejarah dan pengalaman beliau dalam perniagaan retail yg semakin popular - http://www.mydin.com.my/mydin/catalog/exchange/c285.html
Monday, April 20, 2009
Remaja Mengawan
SETIAP kali berakhirnya sambutan yang membabitkan ‘kemeriahan’ pada sebelah malamnya di negara ini, tiga bulan selepas itu akan menyaksikan peningkatan kes membuang bayi dan mengandungkan anak luar nikah.
Tempoh ini ibarat ‘musim mengawan’ kerana tiga bulan selepas itu rumah perlindungan wanita akan mencatatkan peningkatan kes wanita tidak bersuami mengandung memohon ‘perlindungan’ dan di seluruh negara pula akan mencatatkan kes buang bayi sama ada yang ditemui masih hidup atau ada janin dibuang di dalam semak, tandas awam atau pusat pembuangan sampah... http://www.bharian.com.my/Current_News/BH/Sunday/Bmdua/20090419041022/Article/index_html
Mungkin, paparan di bawah boleh difikir-fikirkan, direnongkan, diikhtiarkan, dirisaukan dan dikongsikan kepada sekalian.
Moral :
zaman remaja memang penuh dgn cabaran dan keinginan yg kuat utk rasa dan explore pengalaman baru. Keinginan macam ini memang bagus dari segi tumbesaran manusia. Walaubagaimanapun, ianya hendaklah dilakukan dengan kaedah yang halal - mengikut ajaran agama. Dari sudut Islam, Nabi telah dihantar untuk tunjuk manusia ke jalan yg lurus (benar) dari segala sudut kehidupan - bermula dari celik mata sampailah waktu nak pejamkan mata... sudah tentulah dalam perkara-perkara serius seperti seks, telah direkod (al-quran) diajar (sunnah) dengan teliti oleh agama Islam. Maka...kenapa kemelut 'free seks' dikalangan remaja semakin menjadi-jadi? Fikir-fikirkan...
Anggaran anak luar nikah (ALN) di Malaysia:
Purata 20 remaja mengandung luar nikah (RMLN) sebulan bagi setiap negeri (tidak termasuk yg senyap/tidak melapor).
Sebulan: 14 negeri x 20 = 280 RMLN
Setahun: 280 x 12 = 3360 RMLN
10 tahun akan datang: 10 x 3360 = 33,600 ALN telah dan akan dilahirkan pada tahun 2020...
Trend masyarakat macam nie bagus ke tidak eeek...?
Saturday, April 18, 2009
Black Out!!!
Black out... black out... kali nie dah masuk 4 kali bekalan letrik terputus di kawasan perumahan aku nie - sejak pulang (hampir 4 bulan) dari negara orang. Tambah pulak berlaku di waktu malam dan sudah tentu menyusahkan dan tidak selesa utk tidur. Jangkamasa 'recover' hampir 3-4 jam. Ohh TNB... apalah hang buat setelah berpuluh-puluh tahun sebagai peneraju bekalan elektrik utama di negara ini? Tarif elektrik dah banyak kali naik... service masih takuk lama...
Sepanjang tinggal di negara orang (3 tahun) hanya sekali black-out - itupun 30minit aja. Apa nak jadi dgn negara kita nie... tiap-tiap tahun itu-ini mintak naik... service... macam ***k - sorry...
Tuesday, April 7, 2009
Pindah blog baru/move to new blog
Hari ini adalah hari pertama aku menulis di blogspot.com... blog terdahulu adalah di blogdrive.com yang mempunyai sedikit kekurangan... Selamat datang ke blog baru aku - "Tengok & fikir".
*****
This is the first day I start blogging in blogspot.com... previous blog is blogdrive which has several limitation... Welcome to my new blog - "Tengok & fikir".
*****
Subscribe to:
Posts (Atom)