Wednesday, October 28, 2009

Kos baru untuk kenderaan lama - Hampir dua juta kenderaan lama wajib jalani pemeriksaan Puspakom


Langkah in memang baik utk memastikan kenderaan dalam keadaan selamat dan seterusnya mengelakkan kemalangan. Konsep ini diambil dari UK, yg mana samada kereta baru atau lama, wajib kena buat pemeriksaan (kat UK - MOT) setiap kali memperbaharui cukai jalan.

Persoalannya, kenapa di Malaysia double std! nak implement ELV, implement semua jenis/usia kereta lah... Dan satu lagi, PUSPAKOM kena telus - jangan ada bawah meja atau atas angin. Dan, kerajaan kena lantik workshop yg berkelayakan utk buat pemeriksaan. Ini adalah untuk mengelakkan kesesakan dan ketidakmampuan PUSPAKOM melaksanakan tugas baru tersebut.

more...

Friday, October 23, 2009

Undang-undang tambahan jalanraya ala Malaysia


Hanya sebulan sahaja lagi genap setahun aku telah berada di Malaysia. Bukan apa-apa, tak sampai setahun, aku dah merasa begitu 'tension' bila memandu samada di jalanraya persekutuan atau lebuhraya persekutuan. Apa yang menyebabkan aku 'tesion' - ohh... sikap pemandu Malaysia yang sangat liar, sombong dan biadap...

Apabila memandu di lebuhraya, berbagai provokasi terjadi pada aku dan juga pada pemandu lain. Lebih-lebih lagi kalau pemandu adalah perempuan dan orang tua. Cuba bayangkan, sedang kita memotong kenderaan lain, diekorinya belakang kereta kita denga jarak yang tak sampai 2 kaki! Bukan itu sahaja, disuluh-suluhnya lampu ke arah kereta kita sebagai isyarat 'beralih la...aku nak lalu nie'. Amboi... dia orang ingat jalan raya ayah dia agaknya!!!

Tetapi jika perbuatan itu terkena kepada aku, biasanya aku sengaja memandu perlahan, nak sondol belakang kereta aku... sondol lah...biar dia orang berlajar bersopan sikit bila memandu dan hormati hak orang lain yang sama-sama bayar toll dan cukai.

Perbuatan mengikut belakang kereta lain terlalu dekat dan menyuluh tinggi lampu kereta ke arah kereta lain adalah perbuatan provokasi. Sudah tentu kenderaan yg kena suluh naik berang dan menjadi tegang. Mungkin tindak balas akan dilakukan dan sudah tentu mengundang bahaya serta kejadian kemalangan.

Selama 3 tahun aku memandu di UK, tidak pernah aku menghadapi situasi seperti di atas. Jika kita memandu perlahan atau sedang/hendak memotong di laluan kanan, kenderaan belakang akan perlahankan kelajuan dan mengikut dengan jarak yang begitu selamat (jarak 3 buah kenderaan). Mereka sanggup menunggu di belakang kereta dan memotong setelah kenderaan depan beralih ke laluan kiri tanpa menyuluh lampu tinggi atau 'mengertak-gertak' di belakang kereta. Di UK, isyarat menyuluh lampu tinggi bukan mengarahkan kereta di depan beralih, tetapi sebagai isyarat memberi laluan kenderaan hadapan supaya memotong.

Selama 11 bulan, sempat juga aku catitkan beberapa kaedah memandu di jalanraya di Malaysia yg mungkin boleh dijadikan soalan-soalan utama ujian JPJ.
1. Isyarat lucah jari hantu - jika marah kepada pemandu lain
2. Signal tidak diperlukan jika hendak membelok atau masuk ke jalan utama. Rempuh aje... nanti kereta lain akan berhenti secara terpaksa. Kalau nak tunggu kereta lain beri laluan... sampai malam tak boleh membelok atau masuk ke jalan utama.
3. Guna lampu tinggi untuk arahkan kereta lain beredar dari laluan.
4. Gertak-gertak kereta di hadapan dengan mendekatkan kenderaan jika mahukan kereta di hadapan beredar, walaupun sedang memotong.
5. Kalau kereta lain beli laluan untuk anda melintas, jangan angkat tangan tanda terima kasih - buat tak tahu aje atau angkat muka atau renung macam nak makan ke arah muka orang tu.
6. Kalau kereta di hadapan sedang menjenguk-jenguk untuk melintas, bunyikan 'honk' supaya orang depan jadi lebih panik.
7. Jika ada sampah dan sisa makan, lempar aje keluar. Jalanraya tempat membuang sampah!
8. Kalau nak berludah dan buang kahak, buka tingkap dan meludah aje. Kalau kena kereta orang lain, ketawa kuat-kuat...

Cukuplah setakat ini beberapa isyarat baru yang perlu diketahui oleh semua pemandu di Malaysia dan juga pelancong. Mudah-mudahan kejadian kemalangan yang melampau-lampau dapat dikurangkan. Malaysia Boleh!!!

Tuesday, October 20, 2009

CHINA'S LONG-RANGE ELECTRIC CAR




BYD says that its new E6 electric car due out before the end of the year will do 250 miles (400km) on a single charge.

This is a very big number. The Tesla electric sports car does almost as much, but has little room for anything else in the car but the battery. more...

Monday, October 19, 2009

Bohong dan Budaya - B&B



Semalam hampir setengah hari masa ku dihabiskan di klinik kesihatan. Sudah menjadi fitrah, semakin tua semakin menurun kekuatan dan kesihatan kita. Begitulah juga dengan kesihatan ku yang tidak mengizinkan sejak kehabisan stok ubat. Terasa pedih dan ada simptom 'heart problem'.

Seperti biasa urusan pendaftaran di kaunter dilakukan secara manual - buku log 3 lima atau kad pengenalan diminta utk pendaftaran dan untuk carian rekod kesihatan yg lepas. Nombor giliran diberi dan waktu pendaftaran yg tercetak tepat 9.44 pagi. Tak menjadi kejutan bagi aku kerana menunggu terlalu lama - hampir 18 min. Beginilah keadaannya setiap kali ada 'appointment' atau buat rawatan susulan 2 bulan sekali di klinik. Tepat jam 10.04pagi, nama ku dipanggil dan kerani pendaftaran mintak surat jaminan. Aku cakap tak apalah... RM 1 aje...saya bayar.

Kemudian aku diarahkan untuk membuat pemeriksaan tekanan darah. Ramai doktor pelatih di ruangan itu. Selepas mengambil tekanan darah (agak tinggi - 166/99), diarah pula pergi ke makmal untuk ujian 'urine' dan sampel darah. Ramah juga jurumakmal yg mengambil darah aku. Sambil berbual, dia tembak jari aku... tersentak dibuatnya... dan mengalirlah darah dihujung jari. Wow! paras gula aku juga tinggi - 10.8.

Selepas tamat membuat ujian dan prosedur, tunggu pula di bilik 3 untuk berjumpa doktor dan konsultasi. Sambil menunggu giliran sempat juga aku menulis dan membelek-belek rekod kesihatan terdahulu dan hari ini. Ini semua untuk menghilangkan jemu menunggu.

Tak ku sangka, rupanya setiap kali lawatan, pada rekod kesihatan kita ada tertulis masa mendaftar dan masa tamat mendaftar. Maknanya ada pemantauan berapa lama masa diambil semasa pendaftaran. Apa yang mengejutkan aku ialah, ditulisnya masa pendaftaran = 9.44am; dan masa tamat mendaftar = 9.48am. Amboi! cekapnya... hanya dalam masa 2 minit urusan pendaftaran dapat diselesaikan - walhal hampir 20 minit menunggu di kaunter pendaftaran. Rupanya bukan hari ini sahaja, rekod yang terdahulu juga dicatit tidak seperti yang sebenarnya.

Ini adalah satu pembohongan! maklumat sebenar telah dimanipulasikan. Bagaimana mungkin kelemahan dapat diperbaiki, jika hakikat sebenar kelemahan dibohongkan. Walaupun kerani kaunter tersebut masih muda, bagaimana mungkin beliau boleh memanipulasi masa yg dicatit? Betul juga kata pepatah - Kalau guru kencing berdiri, Ini kan pula anak murid kecing berlari... Sudah tentu ada guru senior yg mengajar dan mengasuh anak muridnya.

'4031'!!! Oh...giliran aku dah tiba. Masuk bilik konsultasi dan berjumpa dgn doktor. Tanya itu tanya ini... Aku diarah pula untuk buat ujian 'ECG'. Pergi bilik sebelah dan jururawat arah aku buka baju dan stokin. Tak sampai 10 minit, report ECG dikeluarkan. Excellent!! Aku kembali semula ke bilik doktor dan doktor kata kelajuan jantung aku agak tinggi. Aku mintak ujian intensif untuk pemeriksaan jantung. Tak apa... doktor kata 'awak makan ubat dahulu...selepas 2 bulan kita jumpa lagi'. Aku tak salahkan doktor, kerana ini prosedur. Doktor bagi aku cuti rehat...

Selepas tamat konsultasi, aku diarahkan ke farmasi untuk ambil ubat. Di farmasi, biasalah tunggu lagi... 10-13minit, barulah ubat aku diserahkan. Terima kasih Cik... Tengok jam, dah pukul 12.50pm - maknanya 3 jam 10 min aku dah berada di klinik tersebut.

Moralnya -
Lama menunggu disebabkan ramainya orang yg memerlukan rawatan adalah rational. Aku hargai sumbangan dan perkhidmatan yg diberikan oleh kakitangan klinikal. Amat dukacita bagi kakitangan admin yg kurang efektif dan sanggup berbohong untuk nampak bagus. Bohong atau menipu dalam masyarakat kita mungkin sudah menjadi tradisi. Mungkin telah menjadi turun temurun dan akhir sekali - Bohong adalah budaya masyarakat Malaysia. Mungkin tidak semua, tetapi jika dikaji di jabatan2 atau agensi2 kerajaan - berapa ramai yang mengamalkan B&B? kalau jawapannya, melebihi 20%, maka masyarakat kita dalam keadaan parah!

Fikir-fikirkan...

Friday, September 18, 2009

Penangan Raya! - Seorang Ibu Jual tubuh demi baju baru 7 anak

Tersepit dengan kemiskinan seorang ibu sanggup melacurkan diri dengan meninggalkan tujuh anaknya di Pahang sejak awal Ramadan lalu, semata-mata untuk mendapatkan wang bagi membeli pakaian raya baru anak-anaknya sempena Aidilfitri.

Ibu terbabit mendakwa apa yang dilakukannya pengorbanan kecil bagi memastikan anak-anaknya dapat menyarung baju raya selain bergembira seperti kanak-kanak lain. Selanjutnya.. Apa pandangan anda...? Siapa patut bertanggungjawab...?

Beginilah jadinya apabila konsep hari raya telah tersalah erti didalam masyarakat kita - Melayu dan Islam. Yg tak ada pilihan, kerja terkutuk sanggup dilakukan. Manakala yg berkerja tetapi tidak cukup utk bersaing sama taraf dgn jiran @ kawan dlm menyediakan persiapan - kad kreditlah jadi pilihan. Selepas hari raya masing-masing ketuk kepala, stress, tension untuk bayar semula hutang kad.

Berbeza dgn sahabat nabi dan orang-orang yg dekat dgn Allah. Hari raya satu kesedihan bagi mereka kerana, meninggalkan Ramadhan. Hari raya juga satu kegembiraan bagi mereka kerana, telah menang mengharungi bulan Ramadhan. Mereka insaf dan lebih tawaduk kepada Allah dan sudah pasti 'training' Ramadhan menambahkan lagi iman mereka. Bagaimana pula kita? Fikir-fikirkan...

Saturday, August 15, 2009

Sudahkah kita berfikir...?




1. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum lahir... nanti... macamana kalau kita dah lahir di dunia ini...?
2. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum dewasa... nanti... macamana kalau kita dah dewasa/remaja...?
3. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum ada pasangan... nanti... macamana kalau kita dah punyai pasangan...?
4. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum kahwin... nanti... macamana kalau kita dah berkahwin...?
5. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum ada anak-anak... nanti... macamana kalau kita dah punyai anak-anak...?
6. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum ada masalah anak2 remaja... nanti... macamana kalau kita punyai masalah anak2 remaja...?
7. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum pernah ditahan di lokap polis... nanti... macamana kalau kita dah kena tahan di lokap polis...?
8. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum pernah masuk penjara... nanti... macamana kalau kita dah kena masuk penjara...?
9. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum pernah kemalangan jalanraya... nanti... macamana kalau kita dah kena kemalangan jalanraya...?
10. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum miskin... nanti... macamana kalau kita dah miskin tak ada duit langsung...?
11. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum pernah pinjam Ah Long... nanti... macamana kalau kita dah guna duit Ah Long...?
12. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum tua... nanti... macamana kalau kita dah tua...?
13. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum sakit ... nanti... macamana kalau kita dah sakit...?
14. Sudahkah kita berfikir kalau kita belum mati... nanti…. Macamana kalau kita mati....?
15. uuuhhhhhh....fikir, fikir, fikir....menangis tidak berguna... fikirlah 3 perkara ini yang menjadi talian hayat di alam kubur.... amal soleh, anak soleh dan sedekah jariah....

Sunday, August 2, 2009

Gempar - Isu Kematian Teoh

Sebelum mulakan kerja, 15 - 30 minit digunakan untuk mengetahui hal-hal semasa samada dalam dan luar negeri. Google search engine sangat berkesan untuk cari maklumat berdasarkan kata-kunci tertentu.

Isu kemation Teoh Beng Hock memang diikuti sejak mula. Begitu juga kes-kes jenayah yg melibatkan 'tangan orang kerajaan' seperti kes Kugan, Altantuya, Mr. Correct-corect dan banyak lagi. Entah kenapa jejari ini menaip name 'Teoh' - dan tersenarailah nama Teoh Beng Hock - 'Gempar...Video Teoh mati dipukul dalam tahanan'. Samada betul atau tidak magsa pukul itu Teoh, sama-samalah kita fikirkan...

Kalau pun itu bukan Teoh, adakah patut seorang manusia di'buat' begitu - kalau salah dakwa di mahkamah - jangan dibunuh - bunuh dikategorikan sebagai 'dosa besar'. Tidak sedarkah sipelaku itu... dia ada bapak, ibu, isteri, anak, adik, abang dan sedara-mara... apa kata kalau anak dia diperlakukan seperti itu??? Tak apa, tunggulah di saat kematian anda... wahai 'si pelaku' - lihatlah/rasalah macamana Allah akan balas kepada kamu nanti...

Tonton sampai habis video di bawah dan fikir-fikirkan.

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/2009/08/gemparvideo-teoh-mati-dipukul-dalam.html